Sunday, October 31, 2010

mintak pertolongan semua!

takmo panjang-panjang cerita.sape yg nk tolong kasi comment sepatah dua kata.sape tak gheti nk tolong,aku tak marah sebab aku sendrik da fedup godek sane sini tak jumpe ape yang aku nak.nie last ikhtiar lah aku pikir.

persoalan:

Bagaimana caranya mao remove mereka yang follow kite?sebab aku sumpah nyampah dengan sorang nie.follow pastuh bukan nak komen kat sini.bantai pegi msg kat henphone canggih aku.nak maki-maki siap.hangin kus-kus jugak lah aku an.cmne nih?x buleh ke kite block je terus orang-orang sebegini?aisshh da ghupe fesbuk plak nk block-block.cepat tolongg!!! -bold siap.

p/s:kau!org itu!ya kau!bace entry nih.tolong aku jugak.aku fedup nak mati ngn kau!ggr.

Saturday, October 30, 2010

final cam haram jadah!

tajuk kecik:review final match Piala Malaysia
team mane?:Kelantan Vs Negeri Sembilan
final score:kelantan (2)-(1)Negeri Sembilan

takde nak komen banyak!just satu benda...

wattafark lah game!cakap mercun bagai xleh kasi masuk stadium..aku tgok berasap-asap..asap rokokkah?ooo penyokong..behave!

ATTITUDE mane ilang?

entry pendek..sekian.

Thursday, October 28, 2010

semua benda baby!

situasi pertama:
jalan-jalan tepi jalan sambil tangan sebok reply sms gadis semasa.dan tiba-tiba...

ouch!baby nye batu!

agak-agak la an..bebudak cam nih tak reti bezakan agaknya batu dan baby.aishh!

situasi kedua:

keadaan dimana budak-budak baru usai ambik result SPM/PMR/UPSR/FINAL SEM

perrgghhh.....giler baby gempak result aku.sume nak A jea...xde variasi betol!

ini lagi 1 keadaan yang mencurigakan.da result gempak semacam.apakata bersyukur ke hape ke.nih si baby tuh jugak yang disebutnye.ish3..

siuasi ketiga:

sekumpulan jejaka kacak tengah elok bersidai tepi jambatan..tiba-tiba seorang minah rempit berbasikal tua sempoi je lalu...ok!minah nie pakai baju kurung cutton nampak betis gebu siap!

baby!cunnn giler bhai anak pak samad yang nih.putih melepak bak tepung gomak!meleleh air liur gua.

da taw meleleh.lap la kan?giler buruk nye perangai!

situasi empat:

si gadis manis bersluar track,berbaju t-shirt elok je jalan tepi jalan raya.........*ulang situasi satu.

agak-agak paham tak?malas nak detail!rase nak maki je batu tuh duk elok tepi jalan.sape berani2 letak?meh sini aku hempuk ngn batu tuh ats kepala.

sumpah sakit!sob3.





Tuesday, October 26, 2010

kejadian yang berulang

MAAF.ayat pertama entry gua kali ini adalah "maaf".ini adalah kerana gua mesti menggunakan perkataan "gua" yang gua perkirakan agak kasar untuk diucapkan kepada mereka di luar sana terutama dituturkan oleh si gadis yang lemah gemalai seperti gua.gua tak senang nk update blog pada pagi-pagi yang nyaman sebegini.bukan skill gua bangun pagi update blog.tapi hari nie gua bikin anjakan paradigma gara-gara gua agak panas dengan kejadian yang berlaku subuh pagi.agak-agak pukul 9 dikira subuh x?layan~~

gua nak bangun seawal jam 9 di ketika gua sedang enak melayan mimpi ketika cuti?takde makna!gua punye waktu mencelik mata adalah pada ketika jarum pendek menunjukkan angka 11!gua hangin 1 badan bilamana pintu utama rumah gua yang tertutup kemas diketuk oleh seseorang.gua yang sedang lena tersentak.gua cuba hayati siapa punya gerangan suara.pada perkiraan gua mesti budak kecik umah sebelah dtg pagi-pagi suh gua bukak citer shin chan pada presario gua.tapi gua silap.gua dengar suara seorang lelaki yang cukup baligh.gulp!siapakah?gua duk pikir-pikir perlukah gua bangun dan melayan kerenah lelaki terbabit?dalam hati gua buat perkiraan..kalaulah si jantan yang dtg nie ensem sejambak ape cer?hah!melepas la gua.gua bangun sepantas kilat.belek muka kt cermin kasi buang sisa-sisa tertinggal.sikat rambut sikit-skit.ok ready!

gua bukak pintu sambil jawab salam.gua tau menjawab salam itu wajib ok!tp gua lupa solat subuh pon wajib juga!HAHA!gua bukak pintu and naahhh!terpancul seorang PAK CIK yang pada mata gua cukup smart.berkemeja siap sluar slack side tajam tanda berlaku proses gosok menggosok.berkasut dan juga berkopiah!dan untuk yang ke berapa kalinya gua telan air liur.gulp!*saya xde simpan lelaki dalam umah nih pak cik* dalam hati aku da cuak.xkan yang datang nih nak cekup gua kot.

pakcik: "dik..tumpang tanya boleh?"

gua yang ayu: "boleh..boleh...."

pakcik ensem: "rumah ketua kampung kat mane ye?"

ok.nih bikin gua panas.beliau dtg umah gua pagi-pagi.nak tanya soalan beghupa itu?gua nie duk kat kampung setaon boleh kira ngn jari bape kali je.bukan setakat ketua kampung,sekali die punye bendahari,setiausaha.sume gua tarak ambik hal!ok gua pura-pura chill.

gua yang cool: "urmm...pak cik jalan straight.selang 3 buah rumah t ade kedai makan."

pak cik &%^: "oooo...itulah ye rumahnya?"

gua yang cool: "bukan..pak cik pegi kedai yang sy gtaw tadi..ramai lagi org tengah bekpas time nih pak cik.pak cik g tanye dorang.saya xtaw pak cik.."

sekian.gua buat muka kering.pak cik tuh blah!puas hati gua.gua tutup pintu kunci siap.gua bantai smbung tido.kalau gua taw awal-awal la an,gua takde terhingin nak pegi bukak pintu.aisshh.punya lah banyak umah plus org ramai lagi gua kire duk lepak2 kedai makan.gua jugak yang beliau nak tanya.

gua pikir-pikir balik,gua telah kurang ajar lah dengan pak cik tuh.maaf lah pak cik.kalau pak cik advance kt umah sedang berblogging pastuh terbukak blog gua nih agak-agak pak cik boleh paham kan feel gua?gua mintak ampun.tralalalalalala~~

gua pon heran jugak ngn management kampung gua.tuh letak sign board besar-besar kan bagus.RUMAH KETUA KAMPUNG.RUMAH BENDAHARI KAMPUNG. tapi!RUMAH AJK KAMPUNG jangan berani letak.bapak gua salah seorang ahli.aku lepuk kang!

p/s:tajuk entry nie "kejadian yang berulang" sebab ini kali ke berapa tah gua di tanya soalan yang same.pasnih gua plak jadi ketua kampung.abes citer.

tips perut-leper style GeeArif and Saya Syamimi


bukan senang aku nak kasi tips kecantikan nih.bukan sebab aku tak cantik tapi mmg benar aku tak reti bende alah nie sume.oleh sebab syamimi pon da maju sekarang,duk copy skill aku meleperkan perut,aku rase tips nih boleh diguna pakai oleh semua orang pasnie.ok!



korang tak perlu susah-payah g kedai cari losyen mustajab pati halia segala bagai.apatah lagi g slimming sanctuary,london weight management sume bende tuh.ape yang korang perlukan hanyalah sebijik laptop.tak kesahlah korang punye laptop sejenis compaq macam aku ke,sejenis acer,sony vaio,apple.it doesnt really a matter!

yang penting!laptop korang sedang elok panas-panas.maknenye di sini,kalau laptop da di-on tanpa henti selama 1 jam tanpa penggunaan fan, kompem panas menggeletar kan.oleh yang demikian,sambil korang tengah layan fesbuk,tga sebok berblogging,tgah taip lab report yang berbakul,tak pon!kalau korang tgah duk layan movie/drama.hah!ini terbaek.korang baring elok-elok.nah!letak laptop korang atas perut.kasi haba die meratakan perut korang yang tengah membukit.aku da applykan skill nih banyak kali.syamimi baru je jadi follower.
agak2 u olls sume tga baring cenggini amik laptop letak atas perut.teruskan mengonline.

tapi la an..agak-agak korang ade side effect tak?gulp!hahaha

pesanan penaja:kepada mereka yang sedang hamil,jangan kau berani-berani jadi follower aku kali nih!aku bagi warning awal2.tralalalalaalala~

maaf.gambar bukan aku upload.=)

Sunday, October 24, 2010

hari sengal sedunia.

tido pukul 4.30 am.bangkit kol 11.00 am.itupun selepas datang seorang budak kecik(anak jiran aku yang dikategorikan anak aku) bagi salam.aku buat-buat pekak tapi at last g jugak bukak pintu.bangun bukak pintu,masuk toilet.belek muka sipi-sipi,sentap ubat gigi.gosok gigi dengan yakin dan tiba-tiba aku muntahkan semua benda.ape?ingat morning sickness hape?silap!ubat gigi yang disangkakan sehelai colgate aku gantikan dengan sehelai pencuci muka safi SPF x ingat.ok cool!agak-agak ape rase korang berus gigi gune facial wash?try buat tgok!!!

pengajaran:letak ubat gigi jauh 10000 kaki dari pencuci muka.terima kasih!

Thursday, October 21, 2010

pernahkah anda?



berdiri tegak,tangan disisi sambil menyanyikan lagu negaraku diikuti lagu UMNO?pernahkah?ok!i just did this back few days.sengal!haha

Wednesday, October 20, 2010

ADIK AKU LAGI!

memang semenjak-dua menjak aku memerapkan diri kat umah nie,entry blog aku secara tidak langsung menceritakan hal-hal yang terjadi dalam rumah.dan kebiasaannya memang cerita kanak-kanak si dua ketul kat umah aku inilah!xde benda lain dah.

kalau bercerita pasal depa nih.kompem x habis 7 hari 8 malam.terutama si bongsu,nabila!berumur 10 tahun berada di kelas 4 pintar di sek.keb.padang setar.seorang pengawas yang agak lampi pada pandanganku.camne boleh jadi pengawas entah.manja die double macam sikit.

seperti minggu-minggu yang lepas,si nabila nie tak habis2 mintak aku siapkan buku skrap beliau.katanya hantar hujung bulan.pada pandangan aku la kan.kalau hujung bulan mestilah 30/10/2010 kan?tapi hakikatnya malam tadi aku disergah beliau!

"woi angah!buatlah buku skrap orang.ari khamis nak anta!"

aikk..bukan antar hujung bulan ke?pelik-pelik lah adik aku nih.aku malas berbicara lanjut,aku conteng sana sini,ok siap!

"malam esok pulak angah sambung".yakni malam inilah!

namun begitu,kejadian petang tadi mengubah segalanya.

"ooiii nabila!g angkat baju.kalau tak,angah x buat kau punye buku skrap."-aku

beliau buat muke kambing.terus melayan shin chan dalam presario aku.aku hangin!

ketepek!!aku bagi seketul luku pada kepala beliau.beliau terus masuk bilik hempas pintu.kompem nangis!aku kesah ape.

ibu aku pulang dari pusat kerja.aku bagitahu awal-awal bahawa adik aku merajuk dengan aku.ibu aku senyap.beliau amik inisiatif mendiamkan diri.malangnya sehingga waktu maghrib,adik aku still terperap dalam bilik.dipanggil makan,senyap.disuruh mandi,senyap.

ibu aku bangun,amik tudung.melangkah ke mane tidak diketahui.pulang-pulang je dikendongnya seplastik gula-gula beserta jajan dan segala bagai makanan.aku buat derk~
sesi pujuk memujuk berlaku.

aku masuk bilik di mana nabila sedang membekukan diri.

"oii..mane pencil case?gam,gunting segala bagai?"-aku

"tertinggal kat sekolah"-nabila

aku hangin!terus mengadu pada ibuku.lantas beliau keluar lagi sekali.aku tahu!niatnya mao beli itu gam n gunting baru.gggrrrr~;D

malangnya beliau pulang dengan hampa.kedai runcit kehabisan alat tulis.ayah aku masuk campur. beliau mengarahkan nabila bersiap.ayah aku bantai angkut si nabila pegi sekolah beliau semata-mata mao amik itu barang-barang yang tertinggal.jam menunjukkan pukul 8.30pm.

dan akhirnya aku berjaya menyiapkan kerja-kerja penyudahan buku skrap.nabila mmbiarkan aku menyiapkan buku skrap tersebut sorang-sorang.beliau pulak?semenjak balik terus masuk bilik.tak keluar-keluar.usai menyelesaikan,aku masuk bilik.kedengaran suara nabila sedang berdekah-dekah ketawa.aku pelik.

aku tolak pintu bilik.ok!aku paham.dari petang tadi die duk terperap dalam bilik,orang laen punyalah risau.rupa-rupanya beliau sebok layan majalah UJANG edisi bumper raya aidilfitri 2010.aku mesti bertenang.aku letak elok-elok buku skrap beliau.aku jalan slow-slow...gedebuummm!!!aku hempas pintu bilik.

giler.aku geram.panas!panas.aku sign in blog,terus taip entry.aissh..nasib baek kau adik aku.aminn.....


Tuesday, October 19, 2010

nota chenta buat lelaki

aku taip entry sambil makan roti gardenier bersalut milo di sebelah kanan.menaip menggunakan tangan kiri bukanlah kepakaranku tapi apakan daya.lapar!ngeh.

masuk entry.aku berpikir nih.kenapa yea susah norr zaman sekarang nak dapatkan calon lelaki boleh dibuat laki?pencarian bukan nya nak cukup complete set dari harta ke paras rupa.yang penting,kalau x dapat seorang pilot,aku x kesah kalau beliau seorang doktor yg shift 24 jam.lagi pula aku sangat tak kesah kalau seorang itu engineer yang kerja bawah bangunan pakai helmet,baju berpeluh tak hingat,seluar lipat sampai lutut.aku xde hal!

aku bukan demand sangat nak seorang ahli rempit berjaya yang tunggang ex5 mata bulat.aku taw aku xde helmet,x mampu nk beli sebijik helmet tok nonggek belakang si rempit berjaya nih.lagi pula aku kompem x dapat derr!cikaro kt luar sane kompem mengutuk keras impian aku tuh.pada mereka,ahli-ahli rempit hanya untuk mereka-mereka sahaja.aku sedar diri.so aku tarik diri.

aku lagi lah x demand nak mintak no tepon mereka-mereka yang duduk lepak tepi pili air kt hulu sungai nun.bukan ape.mereka nie punya misi nk kejar awek berdahi licin,pakai skirt sikit nmpk paha gebu tepung,rambut rebond kaler blonde membelai-belai ditiup angin.sebab itulah aku kompem undur dari mereka-mereka ini..sedih lagi.

cerita pasal ghupe?aku cenggini takkan tetibe aku nak mintak seorang lelaki seperti saiful apek an?kompem lah aku just dapat sipi-sipi je ghupe si apek tuh..paling kurang mcm edward cullen dalam twilight.tapi jambu sangat.ok!aku taw..dengan ghupe cenggini aku hanya mampu mintak seorang Chad michael murray jea..aishh..apakan daya.

x paham..x paham..masalah dunia nih.korang semua ade penyelesaian?atau ade calon sesuai?roger-roger adalah dibenarkan.sila contact manager!tq~

p/s:Image uploads will be disabled for two hours due to maintenance at 5:00PM PDT Wednesday, Oct. 20th.
aku baru nak upload contoh pic yang sesuai dgn aku.aish!

Monday, October 18, 2010

pantun adik-adik

malam tadi adik-adik aku si 2 ketul buat giler.si bongsu sebok suruh aku siapkan buku skrap die yang bertajuk-aku-tak-ingat.si abang pulak sebok ajak aku lawan pantun beliau.celaka!macam aku nie free benorr nak layan perangai bongok tuh.tapi aku on-kan je lah daripada aku duduk termenung tunggu cicak jatuh tapi x jatuh-jatuh.cam haram...

sedang-sedang elok aku duk lukis gambar burung berterbangan kat buku skrap si bongsu,tetibe si abang suruh aku balas pantun beliau.macam nak g pinang anak orang.aku hempuk gak an.padahal pantun xde lah kencang sangat.cukup lah boleh buat aku nganga sesaat dua.

pantun pertama beliau:

"pen merah,pen biru,
mak marah,i love you."

dalam hati aku la an...budak-budak x cukup maju lagi ke?pantun zaman tok kaduk aku dulu pon ade lagi sampai sekarang.takpe.aku reply.

"pat-pat siku lipat,
sape cepat die dapat."

aku xde idea.nie je yang wujud lam otak.pikir sepuluh kali jgak nak kasi.takut ayat tunggang langgang.adik aku sambung

"ada ubi,ada batas,
ada hari, boleh balas."

aku reply:

"sudah geharu cendana pula,
sudah tahu bertanya pula."

aku rase la an..nie bukan pantun kanak-kanak.tapi sesungguhnya otak aku tepu memikirkan bende-alah nih sume..naek fedup lah jugak an.

adik aku steady mereply:

"anjing,rusa,kuda,keldai,
rajin membaca,lekas pandai."

gulp!giler!otak aku blurr.langkah bijak mesti diambil.aku on compaq presario.aku search google.aku carik pantun kanak-kanak.dan dengan bangganya aku boleh kasi 1000 pantun kat adik aku.terus beliau masuk bilik hentak-hentak kaki!

ade hati nak lawan aku yang hebat.cheh.dan aku meneruskan sesi melukis burung yang entah berapa kali dipadam x jadi-jadi.buta seni.titik!




Saturday, October 16, 2010

terima kasih Barney!!!


u olls kenal tak makhluk berwarna purple yang macam dinasour yang gigi kaler putih tuh?actually bukan mcm tapi beliau mmg dinasour pon..tralalalalala~binatang nih kalau nak taw mane u olls boleh tgok kewujudan beliau adalah pada kaca television.tak pun korang pegi kedai yang jual jenisan teddy bear nih.u olls kompem jumpe punye.Toy R us agak2 ade x jual ek?aku rase wujud kot..entah!hahaha...

ok berbalik kepada binatang nih..aku start tengok citer nie pada ketika masih di kindegarten kalau x silap..errkkk!!suda lame la ye ceritanye..sangat lame!aku suke beliau nih sebabnye haiwan tersebut comels ok!Barney And Friends.bukan setakat barney je yg comels.sekali dgn si kwan die yga kaler hijau yang dikenali sebagai Baby Bop and lagi sekor kaler kuning name beliau B.J!baby Bop umur die 3 thun..B.J plak 7 tahun..hehehe...comels ok depa nih..baby Bop ngn si B.J nih ade kezen name die Triff..tapi x popular sgt lah aku rase..yang 3 ekor-Barney,Baby-bop n si B.J nie sgt popular..dulu kecik2 aku adalah seekor Baby-bop sebab aku si adik.haha!
Baby-Bop, B.J, Barney!


kalau setiap pagi sabtu je kompem da aku tercongok depan tv nih..ready siap nk menari2.. hahaha.. aku berterima kasih kepada si Barney n de geng nih sebabnye dulu time kecik-kecik aku poor giler r ngn si binatang ENGLISH!haha..setakat ckap i love u boleh lah..tp kalau nk g depan teacher,kompem aku cabut awal2!haha..so aku amik inisiatif..setiap kali citer nih start jea aku bukak speaker sikit punye kuat n dengar lah ape depa duk carut-carut.haha..citer nie mae de subttle...so berpura-pura paham lah kau!hahaha

part paling best?mestilah bile mane lagu2 berkumandang.perrghhh!kompem aku berdiri sebok nk nynyi sekali...kdg2 nmpak budak laki yang jd kawan si barney tuh ensem cikit,aku terus coop!hahaha..noob nye aku dulu..haha!

bercerita psl lagu?dulu time kecik2 lagu aku pling suke mestilah i love u tuh..haha...memang kompem lah hafal!pastuh aku suke theme song die.nie la lagu tema citer nie..aku suke part kaki gerak2..hahahaha and nak menghafal lagu nie mengambil mase yea..aku kanak-kanak dulu mne reti nak carik lirik tenet2 segala bagai..so dengar,salin!mmg tunggang terbalik lah liriknye!hahahaha..bile da cukup baligh,baru aku taw art mane aku nnyi salah bile aku cek lirik yg sebnrnye..haha..kompem lah bnyk salah!suke hati jea..~~~~


now aku sudah boleh agak berbangga dgn pencapaian english ku berkat menonton cerita2 serupa ini.hahahaha..nak kate hebat smpai speaking behabuk tuh xyah cakap lah!kompem xde derr~~~aku melayu!haha..so speaking aku still tunggang langgang..tp so far aku x prna failed tuk dpt my best rsult tok setiap exam besor-besor..chewaahhh..jgn compare dgn ujian bulanan segala bagai...xde derr~~..hahaha...


ok tutup buku!sekian terima kasih Barney And Friends!pasnih aku boleh buat cerita baru GEE AND FRIENDS!mao jadi kawan aku?haha....






Wednesday, October 13, 2010

Sejenis Soalan berserta Jawapan


Yuyu lar telah meng-taggd aku dengan berjenis-jenis soalan!nie lah jawapan aku..


1. Apa benda paling penting dalam hidup korang?

me.myself.and i.
family aku lah!
kawan-kawan yg depa rase aku kawan depa.
my presario yg aku duk ngdap hari-hari
duet lah!

2. Benda terakhir yang korang beli guna duit korang?

sejenis MP3 walkman NWZ-B142F


3. Dimanakah tempat korang akan langsungkan perkahwinan dan apakah temanya nanti?

belum bincang lah dengan si dia.kalau si dia pilot,atas flight..kalau si dia kapten kapal,kompem naek cruise..tralalalaaaa!!!


4. Adakah korang sedang bercinta sekarang?

bercinta lepas kahwin lah!lagi grand~


5. Berapa lama korang akan mencintai kekasih korang?

gggrrrrrrr~~ade ke tanye soalan mcm nih..sampai aku rase aku cinta org len plak..haha


6. Di mana korang selalu jumpa kekasih korang?

tretttttttttttttttttt~~~tutup soalan berchenta-cintun!aku free skrg!haha


7. Novel/buku/majalah terakhir yang dibeli?

REMAJA edisi Oct 10..ibu belikan!tralaalaaa..haha


8. Apakah nama penuh korang?

Nurul Najehah Binti Mohd Arif.


9. Antara mak dan ayah, mane korang lebih mesra?

ibu,ayah,nenek,pak cik,mak cik,sume tanak tanye?


10. Namakan orang yang betul2 korang nak jumpa dalam hidup korang?

xde lah dlm aim..so far my old frens dr kecik-kecik sampai skrg


11. Adakah korang basuh baju korang sendiri?

mestilah mesin basuh yg tolong basuh!aku duk tekan-tekan jea..


12. Dimanakah tempat yang betul2 korang nak pergi?

paris!dammm!!!huhu


13. Pilih salah satu, peluk atau cium?

kiss and hug!


14. Beritahu 3 benda tentang org yang tag?

geng kancil aku!
i noe die suke sape=)
die addict wit guitar!plus Yuna



15. 5 benda yang paling disayangi dalah hidup

its benda kan??haha!kalo org:
mommy,ayah.akak,abang,adik

as if it benda..so:
umah aku skrg!lappy aku lah!semua koleksi jeans n shirt!hndset barai aku!lg 1 x dpt pikir lah.

16. 5 lagu yang paling suka dan selalu dengar
  • Avenged sevenfold's
  • taylor swift's
  • speechless-Lady gaga
  • kissing you-miranda cosgrove
  • naturally-selena gomez



    17. Bila tarikh lahir dan kat mana korang sambut tahun lepas

    3 April lah!.last year still in matrix..so celebrate with roomate!

    18. 5 rakan blogger yang korang nak tag :


    3 da r...mls da aku!haha

    Tuesday, October 12, 2010

    Ada apa pada tarikh?

    Selamat muncul kembali!channgg~~~hehe…entry kali nie sepatutnye di-post pada..10/10/2010..tapi masalah teknikal berlaku dimana connecting terhadap internet idak dapat dilakukan gara-gara bill yang tidak berbayar.hua3..terlupalah lagi buat payment.maka tidaklah dapat dilaksanakan entry baru tersebut

    10.10.10...fuhh!!tarikh nie…sikit punye tak ingat…cantikk ooo!!!kalau lah aku time nie umur 25 tahun da..aku tak teragak2 oo nak melangsungkan perkahwinan pada tarikh nie!oiiissshhhh~~~!!!hahaha..asal nak kawen jea tarikh mestilah nk terbaek punye!kalau boleh nk kasi masuk book of records nih..tarikh paling cantik!

    Wahai rakyat Malaysiaku…Kenapa yea?asal nak kawen je..tarikh mesti nak cantik..angka hantaran pon nak cantek..tarikh declare nk kapel pon sikit punye nak cantik..(nie mcm terkena btg kaki sendiri)hua3…tgok lah si angkasawan Negara pon kawen tarikh nak cantik jugak!dgn si Dr Halina..kawen sikit punye nak grand..siap ade live kt tv3!lalalalalala~~(mls nk wt ulasan)

    Lagi?cerita psl hantaran pulak..orang-orang kite nih x kire lah yang berpangkat dato’ ke ..yg mekanik ke…si artis ke..si driver bus ke..hantaran beliau!angka sikit nk cantek..kalau si kaya..RM999999.99…semua nak angka same jea…xpon tambah 1 angka…jadilah mcm nie..RM9090909090.90..hah!beginilah lebih kurang..kalau yang berpangkat sederhana pon xmao kalah..RM5555.55…apekehalnye?perlu ke susah-susah nk sediakan smpai ke angka 5 sen tuh?adeih…x paham betol!

    Bagi pasangan-pasangan yang kemaruk bercinta..time muda remaja nilah depa sebok duk nak cari tarikh jugak..tarikh kapel..tarikh kenal..tarikh g dating 1st time..huh!kire complete set la nih…motif?kononnye bialah ade memory la gitu..tgok t da clash??tarikh tuh sume x berguna da..jadi benci la plak ade lah!..

    Kalau kite intai selidik artis la an..nie contoh paling common..artis luar Negara sume tuh..depa nie xde derr duk pikir tarikh-tarikh nie sume..asal kawen!siap…x masuk dalam hukum pon tarikh segala bagai..yg kite nie plak sebok nk pilih..kalau da sume tarikh da diambil org?sanggup nie tggu tarikh tahun depan pulak!ape cer??11/11/11 plak?hahahahaha…

    Kalau lah aku di mase hadapan!time aku nak kawen..aku x maen la angka satu dua bijik nie…x cukup style!aku nak letak..RM9876543.21!agak2 ade org x nak curi angka terbaek nie?aku kasi penampo jarak jauh satu!tapi no tuh bnyk sgt..aku consider r kalau bakal laki aku t driver kapal terbang..aku kurgkan sket..haha…t org cakap bos aku jual anak..giler!

    p/s:aku pon nk declare nih 20/10/2010..tp xde calon..amacam?berminat?sila hubungi manager.haha....

    korang ingat korang jea nk angka cantik???hahahaha...

    Thursday, October 7, 2010

    KAWAN KITE KAWEN!!!!

    hello guys!!!thanks for droppin by to read my new entry!n dear KKM batch hijau!!dis is so suddenly!!!hahaha...

    begini ceritanya..malam td lebih kurang pukul 1.00am gitu..aku sedang khusyuk menonton movie "That Thing You Do" kat Compaq Presario V3000 aku..n then tetibe handphone aku mendendangkan lagu "Stay My Baby" by Miranda Cosgrove..bunyi itu menandakan ada sekeping SMS masuk.and aku expect datangnya dari Facebook sebab aku telah mengaktifkan Facebook Mobile..aku sentap nset n satu no x dikenali muncul!tennnnngg!!!

    .................................................................................................

    Alien: Hey kau..berbuat ape...

    Aku: kau Nasrul Syukri kah?

    Alien:Ea la..sape lagi..

    ok done!now aku pasti itu chuie as in NASRUL SYUKRI!i just lost his phone num that morning..aku suh die msg inbox facebook.tapi x dikerjakannya..so aku xtaw la sape yg msg cuz aku pon mmg bukan jenis menghafal no telepon orang kan...ngeh~!ok lets continue...


    Gee: Aku post kt wall kmu kn ptg td..aku ilang no fon kmu n suh kmu msg aku..

    Chuie: camne kmu bleh ilangkan no tepon aku..aku x bukak fb arinie..

    Gee: Nset aku disabotaj..setting da mcm nset baru..so, ilang sume details dlm tepon..bukan dpt notifications kt enset ke?

    Chuie:sape sabotaj..ntah..x masok pun..

    Gee:Org x bape nk betol la kot..n yeah..pelik ye kmu x on9 ari nie..g mane kmu?

    Chuie:aku skrg ade kt Cheras..bsk nk g Johor plak..

    Gee:Ooo...ingat da..kezen kmu kawen

    Chuie:aku nikah besok!

    Gee:Ouh congratz then..semoga berkekalan ke anak cucu!

    Chuie:Tq..tq..

    Gee:Wc..ready da nk shake hand?

    Chuie:Aku da praktis semalam..ok la kot..

    Gee: And her name?

    Chuie: Noor Maziah Bte Mohd Jaki

    Gee:Ouh..good luck ok!!!u better off to sleep now!kalo x esok, mate kmu ade eyebag...ouh spoil la pengantin mcm tuh..

    Chuie:xpe..nikah ari sabtu pg..ahad sanding..xde hal la..

    Gee:Esok?jumaat..ooo...awl nye gerak..

    Chuie:ye la..nk prepare-prepare ape yg patot...hantarannya..bajunya..jhor kan jauh..so duk lepak sane dulu..xde kelam kabut sgt..

    Gee:Oo..awat x jemput pon...

    Chuie:Erm...mls la nk jemput-jemput..sdare mare jea...lagipon nie mmg ekspress giler..

    Chuie:Xpe lah kalo cenggitu..bape hntaran?siyes!nie mmg express giler..

    Chuie:3000 jea..2 pon bakal bini aku dulukan..die keje dah..lepasan degree..nie kire kawen koboi la...

    Gee:whhooaaa!!dgree graduate..tp awat x perna citer pon sebelom nih psl die?

    Chuie:kami kwn primary school..dulu-dulu mmg aku suke kt die nie..tp die duk kapel ngn kwn aku..pstuh tetibe trjumpe kt fb..kami pun kwn-kwn..smbang-sembang..kan aku da ckp aku da cured..psl die nie la...tetibe die ajak kawen..aku pon onkan je la..x pyh aku duk pikir psl pompuan laen lg kan..

    Gee:Perfect storyline!nk smbung lg ke?

    Chuie:Nk smbung ape lg....

    Gee:Haha!xpe lah..just aggap aku caye an..n i'll pray that ur wedding going smoothly as planned..even kawen koboi an..

    Chuie:Aku ckap bebetoi nie Gee...kmu tgok la status aku mggu dpn..aku tukar status..

    Gee:Iye..iye..aku percaye nie..tp kalo stkt tkar status..anyone can do that..upload ur wedding pics lah..baru real!

    Chuie:Lmbt sket la kalo cenggitu..nk kne tggu Photographer la..

    Gee:no need!gune je Syue punye phone.. 1 gambo je pon xpe da..n aku rase Syue mesti gotta lots of piccas..mmndangkan abg die kawen an..

    Chuie:OK..i'll try..upload gambo ekk...

    Gee:Yup...gambo kmu!bkn gambo org len..

    Chuie:Ok..Ok..ngntok da la...tido dulu la ek..nite..

    .......................................................................................................

    ok kawan-kawan..mcm tuhla lebih kurang ceritanya..haha!ok ape pndpt anda??aku nie tga taip tergelak-gelak lagi...n for real kah??hahaha...entah..no one noes..=)

    aku layankan je feel mamat nih...hahakalo betol die kawen?Alhamdulillah.....tp mcm kompem jea x betol!hua3..

    berani-berani kau maenkan aku...tengok aku punye skill!!!buat entry siap..tenggg!!!!!

    p/s:to readers yg x knl..Syue tuh adik kpd si Chuie nih...=)

    Wednesday, October 6, 2010

    FAKTA MENARIK LELAKI DAN WANITA

    psssssstt....i copy this from one mag which i just bought it today..do read this readers!=)..its in malay..so i copy em word by word in malay jugaklah!haha
    1. kebanyakan wanita tidur lebih lama 1 jam daripada lelaki pada waktu malam.....as if it me!i do agree with this..ha3
    2. pergantian jantina ataupun transeksual lebih banyak dilakukan oleh lelaki berbanding wanita..so no wonder la kite boleh tengok ramai jea nyah-nyah di luar sana instead of pengkid!lol=)
    3. sperma lelaki akan menentukan jenis jantina bayi..its the fact!
    4. wanita mempunyai sel darah 1 juta lebih sedikit berbanding lelaki dan rata-rata berat otak lelaki lebih kurang 1.4kg,wanita?less than that!
    5. basikal lelaki mempunyai palang di tengah basikal..errrkkk!basikal aku dulu ade jea palang n im totally a girl!lalala
    6. bagi wanita, masalah timbunan lemak lebih banyak berlaku pada bahagian punggung.bagi lelaki banyak timbunan pada bahagian perut..i got no idea with this because my humps flat jea..huahuahua
    7. wanita kurang mampu menahan sejuk kerana permukaan kulit yang lebih besar dan lebih suka pada suhu ruang yang lebih hangat.-aku takut sejuk!
    8. wanita mempunyai 75% lebih banyak kalenjar peluh (yang menghasilkan bau badan) daripada lelaki.
    9. kemampuan pacaindera lelaki untuk mengecap rasa masam, manis dan masin lebih rendah berbanding wanita.in other words..dorang nih x boleh merasa je terus!*keji
    10. mata lelaki rata-rata lebih besar daripada wanita dan mata wanita lebih banyak bahagian yang berwarna putih...ouh..now i noe!=_=
    11. lebih banyak wanita menggunakan kaca mata atau kanta sentuh di antara usia 16-44 tahun.-im wearing glasses at 17th...deeeeee~~~
    12. secara umum hidung lelaki lebih besar berbanding wanita.sedangkan wanita kebanyakan mempunyai bibir jauh lebih besar daripada lelaki..-nice!..dun want idung yang besar2..n really want lips yg besar2...eerrkkk~~ooisssshhh!
    13. rata-rata pendengaran lelaki menurun sekitar usia 32, wanita usia 37.
    14. lebih banyak wanita dapat menyanyi tanpa suara sumbang berbanding lelaki..hua!hua!hua!loike this one!=)
    15. kekuatan meramas tangan lelaki dua kali lebih kuat berbanding wanita...derr~~they all punye tgn da mcm tapak kaki gajah..memanglah!
    16. kira-kira 78% lealki berdengkur ketika tidur berbanding perempuan hanya 22%.
    17. lebih banyak wanita menggunakan cincin perkahwinan-mestilah!priceless maaa....=)
    18. kebanyakan lelaki membaca lebih lama daripada wanita tetapi lebih dua kali ganda wanita yang membaca daripada lelaki.-they all lembap membaca..dats y la lama!
    19. memilih warna merah atau biru?lelaki lebih banyak memilih merah manakala wanita memilih biru.-aku pilih hitam!haha
    20. semua rekod olimpik untuk sukan renang, acara balapan, lompat tinggi dan lompat jauh dipegang atlet lelaki.-for sure lah depa..aisshhh!
    21. wanita lebih banyak menggunakan kata ganti diri "saya" berbanding lelaki.-aku x bape sukalah lelaki gune "saya".."saya"...peliklah!except HIM lahh=)
    22. lelaki lebih baik dalam membaca peta dan dalam kemahiran ukur ruang. lelaki cenderung lebih mudah melakukan dua pekerjaan (abstrak dan logika) pada waktu bersamaan.
    23. penilitian di Australia, pembunuhan dilakukan 86% oleh lelaki, dan 95% penghuni penjara adalah lelaki.-dorang suka duk lokap..makan free!haha
    24. wanita lebih berani!lebih 60% wanita memeriksakan giginya secara rutin berbanding lelaki pada 40%..
    p/s:yang BOLD is the one state in the mag..and the rest..aku komen sendirik!hahaha

    Tuesday, October 5, 2010

    step up vs street dance!

    i just totally cant get off my head from keep staring at these screen since hours.watching all kinda movies!hahaha...hell yeah guys!doin nothing at home surely sucks!boring ok!=)

    ok stop londonish!now malay punye bahasa.aku cuti duk bantai layan movie jea..dan baru sahaja selesai menonton step Up yg supposedly aku perlu tgok in 3d tp x berkesempatan..so 2d pon layan~~~~..before tuh aku bantai layan Another cinderella Stories.n guess what?kedua-duanya genre yang sama..dancing gitu!hell yeah..i do love dancing!=)

    point sekrang..aku takmao citer lah psl Another cinderella Stories tuh..aku da tgok die for hundred times.punye lah minat si selena gomez an..haha!next time aku buat lah entry pasal nih compare to other cinderella stories!ok tutup citer.now les go for the main point!step up vs street dance!=)..

    street dance nih aku tgok movie ngn si chuie time die 1st week ditayangkan.actually not planned.tp tajuk die sudah cukup buatkan aku angau giler nak tgok!and yeah..citernye not so bad!in fact aku suke gurl itu!body die cantik ok!hahaha..citernye biaselah..group ini lawan group sane.and yeah..gurl nih the leader ok!yet after boy die tggalkn group dorg sebab nk join the other group yg kononnye lagi hebat!

    street dance nih punye citer ade campur-campur unsur tarian.crunching,house,pumping.breakdance..apalagi ek??ok aku bantai!haha...suke hati jea...entah betol ke idak..yg bez nye citer nie adalah kalau semua yang kat ats nih genre street gitu..tp dorg ade terapkan unsur ballet!hah!macamne?sumpah cool!ade ballet nih sbb nak something yang rare!tgok la citernye untuk aksi yang lebih mendebarkan.ouh ya!citer ini happy ending ok!i loike=)
    nie heroin street dance!aku x jumpelah hero die pnye pic..


    next!step up..korang pernah tgok step up 1st,2nd?nah..nie mcm sekual lah plak an..tapi x cukup sekual sebab setiap movies,artis diff!nahh!!nie baru bez..tp yg 1st n 2nd ade sikit persamaan..heroin yang 2nd punye kalo x silap adik kepada hero utama cter step up yg 1st.as if im not mistaken lah!n yeah..hero yg 1st tuh nsem bangat!!!!!!!!!yang 2nd pon nsem jua!n yg ke-3?hahaha...mane boleh x nsem!semua mesti nsem lah!..tp dalam bnyk2 nih..yg latest nie paling-sangat cool!!!!tak caye?try tgok!lebih2 lagi battle yg last bile da masuk final jam!peerrghhhh..aku memang tabik spring habis!dorang punye suit smart habis!ggrrrrrrrrr....

    kalo nk buat perbezaan kedua-duanya:

    step up nie memang battle habis dr awal sampai akhir.tp kalau street dance,macam de seni2 slow motion gitu!n at last tuh xde battle..so x berapa havoc.

    street dance punye gurl lagi seksi dari step up punye..betol!x tipu!=)

    nak lagi?jap........

    street dance punye hero jambu!sebabnye?hero die tuh asalnye budak ballet..so paham-paham lah!tp at last boleh jadi macho..hahaha

    mane nak cekau lagi perbezaan yea...x jumpe da..hahaha!


    bilelah malaysia nak createkan satu cerita yang hebat macam ini yea?nak kate xde bakat...usha yang showdown punye membe sudah..wakaka crew,giller-battle-crew.aku rase depa nie punye tarian kalau muat lam citer nih kompem box office!nak kate depa nie x cukup nsem..musykil jugakk..si alam n joe lam wakaka tuh punyelah nsem!cute pon boleh.aissh!!




    nahh!!!ttibe ade gambo aku an!haha..comels gak kang aku sekali tgok..ok tipu!=)