Monday, January 10, 2011

cerita pasal SPA

gua budak SPA.gua budak tajaan KKM.lu orang tahu ape itu SPA??ape itu KKM?oleh kerana ramai teman-teman gua kompius mengenai semua ini, maka dengan ini gua dengan rela hatinye bercerita serba sedikit mengenai program yang sedang gua amik skrg nie.yang sedang gua belajar suda hampir setahun..

FYI, SPA merupakan singkatan bagi suruhanjaya perkhidmatan awam di mana bagi mereka yang terhingin 1 hari t nak keje ngn gverment,anda dialu-alukan untuk meng-apply inih!banyak program dtwarkan.macam gua, gua amik under kesihatan ar plus minus..korang akan diinterview ar nanti.gua under kementerian kesihatan Malaysia.time interview gua pilih nk jadi medical lab technologist.so sekarang,gua student KKM yang study MlT!

korang amik nih,maka secara automatik anda ditaja penuh oleh KKM.dari yuran sampaila uniform yang bakal korang dapat.oleh kerana course yang gua dapat nih agak tidak ramai calonnya maka beliau pnye tempat study secara automatik tak banyak.bukan seperti nurse yang banyak kolej2 nursing dan bukan juga seperti MA yang ada mereka punye kolej tersendiri. MlT cume ade 1 kolej yang rasmi iaitu IMR(Institute Medical Research).as if kat situ da penuh,so kitorang ini di-outcasing kan kepada kolej2 bersekutu seperti kolej PTPl ini.maka bertapa lah gua disini.

antara kemudahan yang diperoleh:

  • sebuah rumah flat berusia hampir 100 tahun.-8 orang setiap rumah.not fully furnished.setiap bilik 4 orang.2 katil double-story setiap bilik.sebijik tv takde astro.setiap meja study untuk setiap seorang.
  • pengangkutan bas untuk ke kolej.
bercerita mengenai elaun:

  • setiap bulan RM621.21.
  • elaun baju untuk berapa pasang ade la lebih kurang RM200.
  • elaun perkakasan seperti alat tulis bagai plus minus RM100 setahun.
  • yuran free of charge.
  • bil elektik, air n etc free of charge.
  • elaun perjalanan 1st dtg time register and last balik ikot jarak perjalanan.
ok so far gua berpuas hati dgn semuanya.duet cukup-cukup.makan pakai sume cukup-cukup.haha!

gua lupa nak mention dari awal.program yang gua sdg amik nie berbentuk Diploma.belajar 3 tahun.kalau course gua skrg,blajar 2 tahun.tahun akhir, praktikal.berbeza ye dgn nurse n yang lain yang kebanyakanya setiap minggu masuk ward,ouh gua tidak.habiskan study dulu.hehe;)

anda akan terus diserap untuk berkhidmat dengan kerajaan selama 5 tahun.wajib!perjanjian!eh lupe..5 ke 4 tahun.haha!so pastuh if nk teruskan kontrak,dipersilakan.kalau tanak?entah la..hahaha

berminat?layari SPA dan isi borang anda sekarang!;)


2 comments: