Wednesday, October 20, 2010

ADIK AKU LAGI!

memang semenjak-dua menjak aku memerapkan diri kat umah nie,entry blog aku secara tidak langsung menceritakan hal-hal yang terjadi dalam rumah.dan kebiasaannya memang cerita kanak-kanak si dua ketul kat umah aku inilah!xde benda lain dah.

kalau bercerita pasal depa nih.kompem x habis 7 hari 8 malam.terutama si bongsu,nabila!berumur 10 tahun berada di kelas 4 pintar di sek.keb.padang setar.seorang pengawas yang agak lampi pada pandanganku.camne boleh jadi pengawas entah.manja die double macam sikit.

seperti minggu-minggu yang lepas,si nabila nie tak habis2 mintak aku siapkan buku skrap beliau.katanya hantar hujung bulan.pada pandangan aku la kan.kalau hujung bulan mestilah 30/10/2010 kan?tapi hakikatnya malam tadi aku disergah beliau!

"woi angah!buatlah buku skrap orang.ari khamis nak anta!"

aikk..bukan antar hujung bulan ke?pelik-pelik lah adik aku nih.aku malas berbicara lanjut,aku conteng sana sini,ok siap!

"malam esok pulak angah sambung".yakni malam inilah!

namun begitu,kejadian petang tadi mengubah segalanya.

"ooiii nabila!g angkat baju.kalau tak,angah x buat kau punye buku skrap."-aku

beliau buat muke kambing.terus melayan shin chan dalam presario aku.aku hangin!

ketepek!!aku bagi seketul luku pada kepala beliau.beliau terus masuk bilik hempas pintu.kompem nangis!aku kesah ape.

ibu aku pulang dari pusat kerja.aku bagitahu awal-awal bahawa adik aku merajuk dengan aku.ibu aku senyap.beliau amik inisiatif mendiamkan diri.malangnya sehingga waktu maghrib,adik aku still terperap dalam bilik.dipanggil makan,senyap.disuruh mandi,senyap.

ibu aku bangun,amik tudung.melangkah ke mane tidak diketahui.pulang-pulang je dikendongnya seplastik gula-gula beserta jajan dan segala bagai makanan.aku buat derk~
sesi pujuk memujuk berlaku.

aku masuk bilik di mana nabila sedang membekukan diri.

"oii..mane pencil case?gam,gunting segala bagai?"-aku

"tertinggal kat sekolah"-nabila

aku hangin!terus mengadu pada ibuku.lantas beliau keluar lagi sekali.aku tahu!niatnya mao beli itu gam n gunting baru.gggrrrr~;D

malangnya beliau pulang dengan hampa.kedai runcit kehabisan alat tulis.ayah aku masuk campur. beliau mengarahkan nabila bersiap.ayah aku bantai angkut si nabila pegi sekolah beliau semata-mata mao amik itu barang-barang yang tertinggal.jam menunjukkan pukul 8.30pm.

dan akhirnya aku berjaya menyiapkan kerja-kerja penyudahan buku skrap.nabila mmbiarkan aku menyiapkan buku skrap tersebut sorang-sorang.beliau pulak?semenjak balik terus masuk bilik.tak keluar-keluar.usai menyelesaikan,aku masuk bilik.kedengaran suara nabila sedang berdekah-dekah ketawa.aku pelik.

aku tolak pintu bilik.ok!aku paham.dari petang tadi die duk terperap dalam bilik,orang laen punyalah risau.rupa-rupanya beliau sebok layan majalah UJANG edisi bumper raya aidilfitri 2010.aku mesti bertenang.aku letak elok-elok buku skrap beliau.aku jalan slow-slow...gedebuummm!!!aku hempas pintu bilik.

giler.aku geram.panas!panas.aku sign in blog,terus taip entry.aissh..nasib baek kau adik aku.aminn.....


4 comments:

  1. huahuahua...adik aku plop sibuk ngaduh ngan aleesya umor staun tuh..pekejadahnye pon xtaw gdoh ngn bdk beso tuh...aishhh..bile gado die yg majok...

    ReplyDelete
  2. ha3..ngn budak-nudak pon nak gaduh ke?adoai..haha

    ReplyDelete